KEMAMAN: Seorang pekerja cedera manakala dua rakannya terselamat, dalam kejadian kebocoran gas hidrokarbon di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Kerteh, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira 4.05 petang, mangsa berusia 29 tahun cedera di bahagian betis selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri ketika kejadian tersebut. Dua lagi pekerja masing-masing berusia 23 dan 45 tahun tidak mengalami kecederaan. Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II…










