GEORGE TOWN : Empat buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Dumbar, di sini awal pagi tadi. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, kebakaran tersebut melibatkan empat unit rumah kelas C dengan peratusan kemusnahan sebanyak 90 peratus. “Kebakaran turut memusnahkan beberapa buah motosikal milik penghuni,” katanya di sini, hari ini. Menurut jurucakap…