TELUK INTAN: Empat remaja lelaki termasuk dua yang masih bersekolah ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam kejadian pada Rabu lalu. Kesemua suspek berusia 14 hingga 17 tahun itu diberkas dalam tangkapan berasingan di sekitar Teluk Intan antara pukul 3 petang hingga 10 malam, semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, tangkapan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat…









