Dua suspek buli siber Esha dituduh esok

Dua suspek buli siber Esha dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedua-dua suspek kes buli siber terhadap pempengaruh media sosial, A. Rajeswary atau Esha di TikTok akan dituduh esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kedua-dua individu terbabit akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini esok.

Terdahulu, Ahmad Sukarno dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil tiga termasuk bekas polis untuk dirakam percakapan berkaitan kes buli siber terhadap Esha di TikTok dalam minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelmarin, media melaporkan tempoh reman ke atas suspek kedua yang ditahan berkaitan Esha di TikTok dilanjutkan dua hari lagi.

Ahmad Sukarno dilaporkan berkata, seramai 11 saksi sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berkait kes itu.

Pada 10 Julai lalu, seorang lelaki berusia 44 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan pada pukul 6.30 petang di satu lokasi di Setapak di sini.

Untuk rekod, suspek adalah seorang daripada dua suspek yang dicari polis berkaitan kes buli siber terhadap Rajeswary.

Sebelum itu, polis menahan seorang wanita berusia 35 tahun itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman lima hari ke atasnya tamat, kelmarin.

Kedua-dua suspek disyaki melemparkan kata ugutan dan ancaman terhadap mangsa serta turut menggunakan kata-kata kesat dan lucah di TikTok.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib).

Media sebelum ini melaporkan Rajeswary, 30, ditemui meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada Jumaat lalu, dipercayai ada kaitan dengan tekanan dihadapinya kerana menjadi mangsa buli siber.

Mendiang sempat membuat satu laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya di Balai Polis Dang Wangi pada 4 Julai lalu dan laporan tu dipindahkan ke pihak Polis Daerah Sentul untuk siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini