TELUK INTAN: Dua nelayan warga Indonesia berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 10,610 gram, minggu lalu. Tertuduh, Jasli, 48, dan Budi Heriansyah, 42, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh. Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis…