KUBANG PASU: Dua lelaki maut setelah dipercayai terperangkap dalam lubang pembentung di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting, Jitra di sini, pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd. Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.29 pagi dan tiba ke lokasi sembilan minit kemudian. Katanya, kedua-dua mangsa berusia 27 dan 31 tahun yang terperangkap di dalam lubang pembentung tersebut yang berkedalaman kira-kira…










