Selangor bakal wajibkan caj 20 sen plastik sekali guna

Selangor bakal wajibkan caj 20 sen plastik sekali guna

Caj 20 sen
JAMALIAH Jamaludin ditemui pada Majlis Perasmian Projek Tempat Letak Kereta Berbumbung Panel Solar Renesas Semiconductor KL Sdn. Bhd, di Kuala Langat, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Selangor bakal memperkenalkan undang-undang kecil (UUK) yang mewajibkan caj beg plastik sekali guna sebanyak 20 sen oleh peniaga kepada pelanggan masing-masing bagi mengurangkan kesan pembuangan bahan tidak terbiodegradasi itu.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, peniaga yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas termasuk kemungkinan permit atau lesen perniagaan mereka terjejas.

Katanya, bagaimanapun dasar tersebut masih di peringkat penilaian oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Selangor sebelum dimuktamadkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Memuatkan artikel berkaitan…

“UUK berkenaan bakal menjadikan Selangor negeri pertama melaksanakan peraturan khusus yang mewajibkan premis perniagaan mengenakan caj beg plastik.

“Sekiranya mana-mana premis contohnya pasar raya, kedai yang menggunakan plastik tidak mengenakan caj tersebut, mereka perlu mematuhinya atau berdepan tindakan susulan,” katanya ketika ditemui Majlis Perasmian Projek Tempat Letak Kereta Berbumbung Panel Solar Renesas Semiconductor KL Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri belum memutuskan sebarang kenaikan caj 20 sen itu kerana keutamaan ketika ini adalah memastikan semua premis mematuhi ketetapan sedia ada.

Katanya, pelaksanaan caj tersebut setakat ini masih banyak bergantung kepada kesediaan sukarela premis perniagaan, termasuk rangkaian peruncit.

“Esok, saya akan bertemu dengan PUU untuk melihat sama ada masih terdapat isu atau perkara yang perlu diperhalusi.

“Kita perlukan sedikit masa kerana Selangor akan menjadi negeri pertama melaksanakan UUK ini sekiranya diluluskan dan tiada negeri lain untuk dijadikan rujukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×