Dua cedera terkena serpihan runtuhan bangunan pasar raya Mydin - Utusan Malaysia

Dua cedera terkena serpihan runtuhan bangunan pasar raya Mydin

KEADAAN runtuhan dinding bangunan Pasar Raya Besar Mydin Manjoi di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua remaja lelaki cedera selepas terkena serpihan batu dari runtuhan dinding bangunan Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.45 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya segera diatur gerak ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Runtuhan melibatkan dinding sebelah kanan bangunan pasar raya di mana dua individu yang menunggang motosikal dikatakan telah terkena serpihan batu ketika melalui jalan bersebelahan bangunan tersebut.

“Operasi tidak melibatkan kerja-kerja menyelamat kerana ketika pasukan tiba di lokasi, kedua-dua mangsa yang cedera ringan telah dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Media pada 10 Mac lalu melaporkan, bomba menerima laporan kejadian kebakaran pasar raya itu pada pukul 7.09 malam melibatkan bilik suis utama di tingkat atas bangunan.

Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian bumbung dan tingkat satu yang menempatkan pakaian, barangan elektrik dan stor barangan selain berlaku runtuhan dinding pada bahagian kanan premis.

Siasatan mendapati, kebakaran berpunca daripada panel pembahagi elektrik di bilik stor tingkat atas premis berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×