KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terjejas walaupun sejumlah RM145 bilion wang dikeluarkan dalam empat pengeluaran sewaktu negara berdepan kesan pandemik Covid-19. Empat kemudahan pengeluaran KWSP yang dibenarkan kepada pencarum dalam tempoh pandemik ialah i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas. KWSP turut mengurangkan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022). Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan…










