BAGAN SERAI: Tasik Bukit Merah di sini yang kering sejak tiga bulan lalu berikutan cuaca panas kini ditumbuhi rumput selain terdapat rekahan pada tanah. Tinjauan mendapati, dasar tasik yang ditumbuhi rumput melibatkan kawasan dari tebing Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) hingga 500 meter ke tengah tasik, menyebabkan kawasan itu kelihatan seperti taman yang menghijau. Pengurus BMLR, M. Danesh Kumar berkata, keadaan tasik kering menyebabkan semua aktiviti rekreasi air di tasik…

 
								 
											









