Dakwaan tiang di Surau Tokku Paloh jadi sandaran Nabi Khidir disiasat

Dakwaan tiang di Surau Tokku Paloh jadi sandaran Nabi Khidir disiasat

TANGKAP layar video menunjukkan pengunjung mengusap tiang yang didakwa menjadi tempat bersandar Nabi Khidir di Surau Tokku Paloh, Kuala Terengganu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalankan siasatan berhubung video tular baru-baru ini yang mendakwa tiang dalam Surau Tokku Paloh di sini, menjadi sandaran Nabi Khidir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesuruhjaya Agama Negeri Terengganu, M Rozi Bidin berkata, siasatan tersebut dilakukan secara terperinci dan tindakan akan diambil mengikut bidang kuasa JHEAT.

Katanya, JHEAT memandang serius sebarang dakwaan tertentu melibatkan fahaman yang boleh menyebabkan timbul salah faham dalam masyarakat Islam di negeri ini.

“Perkara ini sebenarnya berpunca daripada beberapa individu sahaja, namun dikhuatiri menyebabkan implikasi negatif yang lebih teruk pada masa akan datang.

“JHEAT akan mengambil tindakan yang sepatutnya berkenaan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

M Rozi berkata, JHEAT sentiasa proaktif dalam membasmi sebarang cubaan untuk menyebarkan ajaran dan fahaman yang tidak tepat di negeri ini.

“Dalam masa yang sama, JHEAT akan mendapatkan pandangan daripada Jabatan Mufti Negeri berkaitan dakwaan tersebut. Orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan JHEAT selesai,” katanya.

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang dimuat naik pengguna dengan nama akaun ‘Remy Lepat Liat’ memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkunjung ke Surau Tokku Paloh, di sini.

Video berdurasi dua minit dan 58 saat itu sehingga kini menerima 850 komen dan dikongsi oleh 590 pengguna Tik Tok.

Dalam video tersebut, beberapa pengunjung diberi penerangan oleh seorang lelaki dan ada pengunjung menunaikan solat serta mengusap tiang yang didakwa menjadi tempat bersandar Nabi Khidir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN