Curi makanan untuk anak, ibu tunggal dipenjara 3 hari, denda RM500

Curi makanan untuk anak, ibu tunggal dipenjara 3 hari, denda RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal dipenjara tiga hari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri makanan sejuk beku milik syarikat AEON, minggu lalu. 

Tertuduh, Chew Fong Cze, 45, didakwa mencuri tujuh jenis makanan sejuk beku dalam premis yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta kepunyaan syarikat AEON Co (M) Bhd. dan menyebabkan kerugian RM286.91 pada pukul 5.50  petang, 14 Julai lalu di sebuah pasar raya di Taman Maluri, di sini. 

Barangan dicuri oleh ibu tunggal itu ialah Everbest steamboat 5 in 1 (500g), Hot Pot Combo Mala Soup 600g, Frozen Trout Kirimi cut 50-60g, Original Breaded Squid, Signature Fried Chic, Fried Calamari dan Frozen Trout block 200g.

Wanita tersebut didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. 

Majistret Amira Abdul Aziz menjatuhkan hukuman penjara wanita itu berkuat kuasa hari ini dan hukuman penjara ditambah sehari sekiranya gagal membayar denda. Denda tersebut dibayar oleh kawan tertuduh.

Fong Sze ketika menjawab soalan majistret memberitahu, dia mencuri kerana hendak memberi makan kepada anaknya berusia 9 tahun. 

“Saya mencuri kerana nak bagi anak makan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Amri Alfikri Mohamad Dasuki memohon agar mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. 

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Tan Wei Meng mewakili tertuduh memohon denda yang minimum kerana tertuduh bekerja sebagai pengasuh dengan gaji RM1,500 sebulan dan menanggung ibu yang sedang sakit kanser. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN