PARIS: Penyanyi pujaan ramai, Celine Dion mengubat rindu peminat menerusi persembahan istimewa sempena acara pembukaan sukan Olimpik 2024 di sini, pagi tadi waktu tempatan. Ibu dua cahaya mata itu memukau dengan busana ikonik berona perak bertatahkan manik berkilauan yang dihasilkan pereka tersohor, Dior. Celine membuktikan penyakit stiff person syndrome yang dideritainya bukan penghalang untuk sekali menguasai pentas. Bahkan lontaran vokal emas penyanyi berketurunan Perancis dan Kanada ini ketika melantungkan lagu Hymne A L’ Amour yang dipopularkan penyanyi, Edith Piaf terus memukau jutaan penonton yang menyaksikan acara berprestij tersebut secara langsung.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya