KUALA LUMPUR: Pembangunan sistem data baharu Budi Madani (BUDI) tidak melibatkan sebarang kos dan capaian data serta maklumat diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pembangunan sistem tersebut hanya menggunakan kepakaran dalaman melibatkan kakitangan kerajaan untuk mengumpul segala maklumat bagi bantuan diesel. “BUDI Madani ini adalah dari dalaman, tidak melibatkan sebarang kos dan semua melibatkan kakitangan kerajaan dan ia adalah…