PETALING JAYA: Undang-undang antilompat parti wajar ditambah baik dengan memberi kuasa kepada badan kehakiman untuk menentukan sama ada berlaku kekosongan kerusi atau sebaliknya dan bukan diletakkan bawah tanggungjawab Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Buat masa ini, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan menetapkan hanya Speaker yang mempunyai bidang kuasa untuk memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka apabila wakil rakyat terhenti sebagai anggota Parlimen kerana tidak lagi menjadi anggota…