PETALING JAYA: Tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima rasuah membabitkan satu projek perumahan berjumlah hampir RM110 juta. Penahanan kesemua suspek termasuk Datuk yang merupakan bekas pegawai di satu anak syarikat milik penuh pemaju Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dilakukan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 6.30 hingga 7 petang semalam. Namun seorang dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka…