SUNGAI BULOH: Proses bedah siasat ke atas mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah selesai pada petang ini.
Menurut sumber, bedah siasat ke atas mangsa selesai kira-kira pukul 6.10 petang selepas dimulakan sekitar 2 petang.
Tinjauan Utusan Malaysia di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati ahli keluarga mangsa beransur pulang pada 6.30 petang tadi. – UTUSAN










