ALOR SETAR: Gesaan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik agar Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu meletak jawatan dalam isu logo minuman keras disifatkan tidak berasas dan tidak mencerminkan realiti sebenar. Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kedah, Siti Balkhis Husain berkata, isu yang dibangkitkan adalah berdasarkan kekeliruan yang tidak disengajakan dan tidak mencerminkan keseluruhan sumbangan beliau terhadap masyarakat dan negara. Menurutnya, Ahli Parlimen Sepang itu…










