LANGKAWI: Tiga polis termasuk seorang pegawai berpangkat Asisten Superintenden (ASP) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, pada Januari lalu. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas ASP Azhar Mohamad Amir, 45; Koperal Shahril Firdaus Solleh, 36, dan Koperal Mohd. Shaharri Shah Mat Saad, 36, dibacakan di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah…










