Aset strategik: Bukankah resipi kegagalan 1MDB yang kamu lawan dulu? - Wan Fayhsal

Aset strategik: Bukankah resipi kegagalan 1MDB yang kamu lawan dulu? – Wan Fayhsal

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang menyarankan sebarang penjualan saham aset strategik negara perlu dibentangkan dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu. 

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, ia bagi mengelakkan sebarang keputusan hanya dibuat oleh seorang individu seperti mana resipi kegagalan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau turut memberi contoh Norway yang mempunyai Akta Ketelusan Kebangsaan. 

“Jadi ini perkara yang saya rasa Jabatan Audit boleh pertimbang sebab bimbang ketika ini Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Menteri Kewangan dan Perdana Menteri (adalah orang sama).

“Jadi apa-apa masalah dibincangkan antara tiga orang ini iaitu orang sama. Bukankah ini resipi kegagalan 1MDB yang kamu semua dulu lawan, tetapi apabila masuk Kerajaan Madani kamu halalkan. 

“Jadi minta Jabatan Audit Negara siasat penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP),  BlackRock dan semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengkhianati mandat membangun ekonomi bumiputera,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) (Pindaan) 2024 bagi meminda Akta Audit 1957 (Akta 62) bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal kebolehan GIP dalam membantu menguruskan MAHB. 

Katanya, ini kerana Lapangan Terbang Sydney yang diuruskan pihak terbabit menanggung kerugian sebanyak RM1.9 bilion. 

“Ambil contoh apa berlaku di Sydney, mereka (GIP) urus Lapangan Terbang Sydney dengan kerugian RM1.9 billion, jadi ‘tang’ mana bagusnya GIP BlackRock ini yang kita nak sangat bawa masuk dalam MAHB menguruskan aset strategik kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×