Asalkan bukan suami orang - Riena Diana - Utusan Malaysia

Asalkan bukan suami orang – Riena Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon drama Salju Rindu, Riena Diana menegaskan status duda kekasihnya, Keith Foo bukan penghalang untuk dia menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon tersebut.

Kata, Riena atau nama penuhnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, tidak timbul masalah untuk dia bergelar kekasih kepada Keith kerana pelakon itu bukan suami orang.

“Sebenarnya, kami baru sahaja sebulan bersama dan tidaklah macam nak war-warkan perkara ini.

“Dan saya tak kisah walaupun dia kini berstatus duda. Perkara itu tidak menjejaskan kerjaya saya pun.

“Kalau dengan orang lain yang memiliki status yang sama pun, saya tidak kisah asalkan bukan suami orang,” jelasnya selepas sidang media I Can See Your Voice 7, khamis lalu.

Riena pada masa yang sama memalumkan dirinya sangat sukakan kanak-kanak dan perkara itu sedikit sebanyak menyebabkan dia tidak kisah walaupun Keith kini memiliki seorang anak.

“Masih boleh dipertimbangkan lagi kalau ibu bapa kedua-dua belah pihak boleh terima perkara itu dan saya memang sangat sukakan kanak-kanak.

“Pertama kali saya jumpa keluarga besar dan anak dia pun, mereka sangat okey dengan saya. Tidak ada sebarang masalah yang berlaku pada ketika itu.

“Kami hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja,” jelasnya.

Untuk info, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

Namun, mereka memutuskan bercerai secara baik pada hujung 2019.

Sementara itu, Riena sebelum ini menjalinkan hubungan dengan kekasihnya, Nik Afiq namun berakhir pada penghujung tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN