TAPAH: Seorang penolong pegawai perubatan wanita berumur 30 tahun maut dalam nahas melibatkan sebuah ambulans swasta dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer (KM) 330.8 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah Utara di sini pada pukul 4.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, siasatan awal mendapati, ambulans yang dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun bersama seorang penolong pegawai perubatan wanita telah melanggar bahagian belakang sebuah…