Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pahlawan negara Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pahlawan negara

Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pahlawan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Pahlawan.

Menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka menzahirkan penghargaan itu atas jasa, khidmat serta bakti yang dicurahkan ATM dan PDRM dalam melindungi kedaulatan tanah air.

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM turut menyanjung tinggi pengorbanan wira-wira negara dalam menjaga keamanan serta ketenteraman tanah air tanpa mengira masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang. Al-Fatihah dan salam takziah buat pahlawan dan perwira negara yang terkorban semasa bertugas.

“Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” titah Seri Paduka.

Pagi ini, sambutan Hari Pahlawan diadakan di Putrajaya dengan istiadat perbarisan oleh warga ATM dan PDRM bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN