Abhishek Bachchan ‘like’ artikel perceraian, beri bayangan terkini status rumah tangga? - Utusan Malaysia

Abhishek Bachchan ‘like’ artikel perceraian, beri bayangan terkini status rumah tangga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Khabar angin perceraian membabitkan pasangan pelakon tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abishek Bachchan semakin bertiup kencang.

Perkara itu susulan tindakan Abishek seolah-olah memberi bayangan mengenai status rumah tangganya apabila menekan butang ‘likes’ terhadap sebuah artikel mengenai perceraian yang dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.

Artikel yang ditulis wartawan majalah Indian Express’ Eye mengupas tentang fasa perpisahan dilalui pasangan yang membuat keputusan untuk bercerai.

“Perceraian adalah fasa yang cukup sukar bagi sesiapa pun. Lebih-lebih lagi buat pasangan yang mendambakan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan.

“Namun, adakalanya, hidup tidak berjalan seperti kita inginkan.

“Persoalannya, bagaimana bekas pasangan suami isteri jalani kehidupan berasingan selepas menghabiskan hampir separuh usia bergantung harap kepada satu dengan lain,” tulis wartawan tersebut.

Spekulasi perceraian membabitkan pasangan tersebut berlanjutan sekian lama.

Khabar angin berkenaan bagaimanapun semakin diperkatakan apabila Abhishek dan Aishwarya baru-baru hadir ke majlis perkahwinan anak jutawan India, Mukesh Ambani secara berasingan.

Dalam perkembangan sama, peminat menarik nafas lega apabila seorang netizen tampil menerangkan sebab disebalik tindakan Abhishek yang menyukai artikel berkenaan.

Individu tidak dikenali itu, menerusi platform Reddit memaklumkan tindakan Abishek itu disebabkan artikel tersebut ditulis kawan lama Aishwarya.

“Abhishek hanya memberi sokongan kepada sahabat isterinya yang merupakan penulis artikel tersebut, bukan memberi bayangan penceraian mereka,” katanya netizen.

untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aradhya Bachchan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×