5,077 murid terjejas, 10 sekolah ditutup akibat banjir

5,077 murid terjejas, 10 sekolah ditutup akibat banjir

GAMBAR tangkap layar SK Kibabaig, Penampang yang terjejas akibat banjir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 5,077 murid terjejas susulan penutupan 10 buah sekolah yang terlibat dalam bencana banjir di Sabah.

Kesemua sekolah yang ditutup itu masing-masing enam sekolah di Penampang, dua sekolah di Tuaran serta sebuah sekolah di Sipitang dan Papar.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sugud; Sekolah Menengah (SM) ST Micheal, SK ST Thresa Inobong, SK Kibabaig, SK ST Joseph dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yue Min di Penampang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekolah yang ditutup di Tuaran pula adalah SK Kauluan dan SJKC Chung Hwa Tenghilan, di Sipitang pula adalah SJKC Sin Boon Sindumin serta SK Kelatuan di Papar.

Beliau berkata, kira-kira 307 guru turut terjejas dengan penutupan 10 buah sekolah yang terjejas akibat banjir di kesemua empat daerah terlibat.

Raisin berkata, kesemua laluan dan kawasan sekolah yang terlibat dinaiki air dan menyebabkan sekolah tidak boleh beroperasi.

“Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mewujudkan kumpulan untuk membantu membersihkan sekolah yang melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kerja Raya dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Jabatan Pendidikan Negeri juga berterima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam membantu sekolah-sekolah yang terjejas. Diharap kerjasama sebegini akan berterusan,” katanya.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN