5.2 juta pelancong lawat Terengganu

5.2 juta pelancong lawat Terengganu

SEBAHAGIAN pelancong yang mengunjungi Santuari Kelah di Tasik Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu,. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan kedatangan sebanyak 5.2 juta pelancong tempatan dan antarabangsa dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sekali gus mencapai sasaran awal yang ditetapkan iaitu 4.5 juta orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, kejayaan itu adalah hasil perancangan rapi dalam mempromosikan industri pelancongan di negeri ini.

Katanya, antara acara pelanco­ngan berskala besar yang mendapat sambutan memberangsangkan ialah Terengganu International Bike Week 2024 (TIBW), Pameran Layang-Layang Gergasi Antarabangsa Kuala Terengganu 2024, Sail Malaysia Passage To The East Yatch Rally 2024 dan Scooterian Mega Gathering 2.0.

“Kita guna pelbagai indikator untuk merekodkan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Terengganu.

“Berdasarkan statistik yang diperoleh, sebanyak 861,282 pelancong mendaftar masuk ke kawasan pelancongan utama bertiket dan 538,691 pelancong lagi datang ke lokasi pelancongan tidak bertiket di seluruh Terengganu.

“Anggaran jumlah pelancong yang menginap di hotel, resort dan lain-lain penginapan pula ialah seramai 318,067 orang dan jumlah ini tidak termasuk pelancong yang menginap di rumah inap desa tidak berdaftar,” katanya semalam.

Menurut Razali, kedatangan pelancong melalui pintu masuk utama ke Terengganu iaitu Le­buhraya Pantai Timur 2, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Lapangan Terbang Pulau Redang pula merekodkan lebih lima juta orang.

“Daripada keseluruhan jumlah data pengguna LPT2 sebanyak 5,577,063 juta, kita menolak seba­nyak 50 peratus dengan mengambil kira ia adalah laluan kerja dalam Terengganu, laluan transit untuk ke Kelantan dan lain-lain faktor.

“Data ini menunjukkan Terengganu terus menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN