23 PATI warga Bangladesh ditahan di tapak pembinaan

23 PATI warga Bangladesh ditahan di tapak pembinaan

SEBAHAGIAN daripada PATI Bangladesh yang ditahan dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dalam serbuan di beberapa tapak pembinaan di daerah ini, semalam.

Menurut Timbalan Pengarah JIM Negeri Terengganu (Kawalan), Mat Amin Hassan, mereka ditahan hasil pemeriksaan di tujuh buah premis termasuk rumah kediaman membabitkan 77 individu.

Menurutnya, kesemua 23 orang PATI itu didapati melakukan kesalahan tinggal lebih masa, tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan.

“Operasi ini digerakkan setelah JIM menerima aduan dan maklumat daripada orang awam di beberapa tapak pembinaan serta rumah kediaman yang disyaki dihuni warga asing secara tidak sah.

“Hasil pemeriksaan di tujuh premis, kami telah memeriksa 77 individu dan 23 daripada mereka ditahan kerana tinggal lebih masa, tiada dokumen perjalanan yang sah dan menyalahguna pas.

“Mereka kini ditahan di Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Mat Amin lagi, operasi seumpama itu dijalankan sepanjang tahun ini dalam usaha memastikan mana-mana warga asing di negeri ini mematuhi peraturan dan undang-undang imigresen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN