14 wanita Thailand didenda salah guna pas lawatan - Utusan Malaysia

14 wanita Thailand didenda salah guna pas lawatan

SEBAHAGIAN daripada 14 wanita Thailand yang bersalah menyalahgunakan pas lawatan sosial dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 14 wanita Thailand didenda RM700 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial, Mei lalu.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu hari ini selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan penterjemah Thailand.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 20 sehingga 40 tahun didakwa melanggar syarat pas lawatan sosial sehingga 5 Ogos 2024 itu dengan bekerja sebagai pelayan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis hiburan di daerah ini kira-kira pukul 1.30 pagi pada 30 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Peraturan 11(7) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang boleh dihukuman di bawah Peraturan 39(b) peraturan sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM700 setiap seorang dan sebulan penjara jika gagal bayar.

Prosiding pendakwaan dikendalilan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa. – UTUSAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN