PETALING JAYA: Sebanyak 123 graduan ijazah doktor falsafah (PhD) City University Malaysia (CityU) berjaya menamatkan pengajian dalam Majlis Konvokesyen Sabtu lalu. Pengarah Urusannya, Rohaidah Shaari berkata, graduan terbabit merupakan sebahagian 1,165 pelajar program pascasiswazah yang menerima sijil dalam majlis konvokesyen tahun ini. Katanya, ia sekali gus menjadi sejarah bagi institusi yang ditubuhkan pada 1984 dengan mencatatkan jumlah pelajar PhD paling ramai. “Graduan ini terdiri daripada 65 orang pelajar Phd Pendidikan,…







