MEKAH: Mengekalkan keperibadian akhlak mulia termasuk menjaga pertuturan dan tingkah laku menerusi manasik haji mampu melahirkan masyarakat bertamadun. Justeru, umat Islam dan jemaah haji terutamanya diingatkan agar memelihara segala bentuk didikan haji yang telah diperoleh dengan mengelakkan diri daripada melakukan kemaksiatan serta kemungkaran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, selain itu umat Islam dinasihatkan agar kembali kepada fitrah manusia dengan menyemai sifat cintakan kebaikan dan ketaatan. “Antara tujuan ibadah haji diwajibkan ke atas kita adalah untuk manusia Dzikrullah (kembali mengingati Allah SWT)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya