Tunggu skrip, watak yang bagus - Fouziah Gous - Utusan Malaysia

Tunggu skrip, watak yang bagus – Fouziah Gous

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Fouziah Gous menolak sangkaan peminat yang dia sudah sepenuhnya meninggalkan dunia lakonan.

Kata ibu dua cahaya mata ini, lakonan masih dipertimbangkan namun bukan keutamaan.

“Saya masih terima tawaran, bahkan ada pengarah dan penerbit bertanya bila saya nak kembali berlakon.

“Komitmen terhadap perniagaan membuatkan saya tak bekersempatan berlakon.

“Sebagai ketua pegawai eksekutif kepada syarikat yang saya usahakan, saya kena urus banyak perkara. Pergi pejabat awal pagi balik pula lewat malam.

“Jadi buat masa ini tumpuan saya untuk perniagaan dan hanya berlakon kalau berkesempatan,” katanya.

Kali terakhir Fouziah terbabit dalam drama adalah menerusi Sara Sajeeda sebagai pelakon pembantu.

Pelakon berusia 41 tahun ini menunggu skrip yang bagus dan berbaloi dengan masa yang dikorbankan jika memutuskan untuk kembali berlakon selepas ini.

“Memang rindu pada lakonan, tapi lebih kepada skrip yang bagus. Harap selepas ini ada skrip dan jalan cerita yang memberi impak untuk saya.

“Dan kalau pun nak berlakon, saya memang kena pilih skrip. Tak mahu lakonkan watak dan jalan cerita yang sama.

“Sekarang saya ada tanggungjawab lain. Jadi kalau nak berlakon, kena berbaloi dengan masa yang saya korbankan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN