FILEM debut bahasa Inggeris Damian Szifron, To Catch a Killer (TCAK), akhirnya dimuat naik menerusi platform penstriman sekali gus menjadi antara 10 filem paling banyak ditonton di Netflix. Filem ini dibuka sangat gah dan sempurna. Dalam keriuhan dan kegembiraan sambutan tahun baharu; ledakan bunga api di langit, Amerika Syarikat dikejutkan dengan insiden pembunuhan berprofil tinggi apabila 19 orang mati ditembak secara tiba-tiba. Mangsanya terdiri daripada pelbagai bangsa, umur bahkan lokasi.…










