Tiga lelaki ditahan rogol remaja perempuan 13 tahun

Tiga lelaki ditahan rogol remaja perempuan 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki termasuk remaja berusia 15 tahun kelmarin selepas disyaki  terlibat dengan kejadian rogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Kota Damansara, di sini pada 1 Jun lalu.

Semua yang ditahan berusia  15 hingga 24 tahun dan mereka tiada rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa yang mengenai seorang suspek melalui media sosial  kemudian dibawa menggunakan kereta dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti ke satu lokasi di Kota Damansara.

“Kereta tersebut berhenti di satu lokasi dan mangsa kemudian dirogol oleh dua orang suspek yang tidak dikenalinya di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi di sini. 

Menurut beliau, semasa dirogol dua lelaki itu pada pukul 12.50 tengah malam,  suspek berusia 15 tahun  bertindak sebagai pengawal. Siasatan juga mendapati remaja lelaki itu turut mencabul kehormatan mangsa.

Kata beliau, semua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bermula semalam sehingga 2 Jun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN