Telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan dirampas

Telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan dirampas

Monsun Timur Laut
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merampas telefon bimbit milik ibu dan bapa kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi siasatan lanjut. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rampasan yang dilakukan adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

“Rampasan itu adalah untuk bantu siasatan. Lain-lain perkara,  kita (polis) tidak dapat dedahkan lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan peguam yang mewakili kedua-dua pasangan suami isteri itu, Mahmud  Abdul Jumaat berkata, pasangan berusia 28 tahun itu masih direman di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. 

Kata beliau, kedua-dua mereka dilihat tertekan dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Penahanan pasangan 28 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada pukul 10.25 pagi Jumaat lalu dan perintah reman diperoleh semalam.

Kedua-dua mereka direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×