GEORGE TOWN : Lelaki yang bertindak menikam leher ibunya hingga mati dengan menggunakan sebilah gunting di sebuah pangsapuri di Relau di sini petang semalam dijangka direman hari ini. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid. Menurut beliau, suspek yang juga merupakan pesakit mental berusia 40 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. “Polis akan mendapatkan perintah tahanan…