Sungai Bakap: Joohari tekad bantu penduduk

Sungai Bakap: Joohari tekad bantu penduduk tangani isu kos sara hidup

sungai bakap
JOOHARI (tengah) beramah mesra bersama pengundi setempat ketika meninjau Jualan Murah Madani di pekarangan Dewan MPKK Sungai Duri, Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Keresahan penduduk setempat berhubung kos sara hidup yang semakin melonjak antara kebimbangan yang dilontarkan terhadap calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Kata Joohari, beliau berazam untuk menyelesaikan permasalahan itu sekiranya diberikan mandat sebagai wakil rakyat termasuk menangani isu kos sara hidup.

“Saya (bersama pasukan) telah memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya dan kita ada projek-projek lain yang akan diusahakan untuk mengurangi beban rakyat.

“Usaha ini bukan (daripada) saya sahaja, tetapi juga akan dilakukan (oleh wakil rakyat) di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu ditemui selepas meninjau Jualan Murah Madani di perkarangan Dewan MPKK Sungai Duri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Joohari berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan program terbabit yang menawarkan harga barangan lebih murah buat penduduk setempat.

Joohari ditentang oleh calon Perikatan Nasional (PN) iaitu bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56, pada PRK tersebut, 6 Julai ini.

Secara keseluruhannya, seramai 39,279 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK berkenaan yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN