PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima menghadap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan dekat sini semalam. Sesi itu bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke- 17, Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara 20 Julai ini. Dalam hantaran menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, Sultan Sharafuddin berkenan menerima warkah persilaan berkenaan. Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai…










