PETALING JAYA: Seorang pengurus bangunan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak kerana disyaki memperoleh suapan bernilai kira-kira RM8,000 daripada sebuah syarikat. Lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur. Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal, suspek bersama dua anggota penguat kuasa sebuah agensi dipercayai telah menerima suapan kira-kira RM8,000 daripada sebuah syarikat. “Wang diterima itu sebagai balasan bagi melepaskan…