PETALING JAYA : Seorang lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah membabitkan kerja-kerja menyiapkan satu pakej pembinaan projek lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion di Lembah Klang. Penahanan lelaki berusia 40-an itu menjadikan sembilan individu telah ditahan setakat ini selepas lapan termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman semalam. Menurut sumber, suspek telah meminta dan menerima rasuah…