‘Sikap lewa’ punca pendidikan bumiputera Melayu tidak maju

‘Sikap lewa’ punca pendidikan bumiputera Melayu tidak maju

dwibahawa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Sikap lewa dalam kalangan  pelajar bumiputera Melayu perlu diubah bagi meningkatkan kualiti dalam pendidikan membabitkan kumpulan tersebut.

Timbalan Pengerusi Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Anuar Ahmad berkata, masalah utama pendidikan dalam  kalangan bumiputera Melayu adalah sikap lewa. 

“Melabur sebanyak mana pun duit dan buatlah apa pun program pendidikan untuk membangunkan pendidikan bumiputera Melayu jika sikap lewa terhadap kepentingan pendidikan masih menebal dibimbangi semua usaha itu akan gagal juga.

“Faktor lain seperti kemiskinan, tidak minat pada kurikulum Sains dan Matematik, kurang sokongan keluarga telah mengukuhkan lagi ‘sikap lewa’ sebahagian besar bumiputera Melayu terhadap pentingnya pendidikan,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut beliau, walaupun  bukan semua bumiputera Melayu mempunyai sikap lewa tetapi masih ramai yang sebegitu.

“Memang terdapat anak bumiputera Melayu yang berjaya dan cemerlang dalam pendidikan kerana dari awal mereka telah berusaha untuk mengubah sikap lewa dan akhirnya terbukti,” katanya.

Kata Anuar, di dalam satu sesi perbincangan kumpulan atas talian bersama 24 orang Melayu yang telah berjaya dan sedang bekerja di luar negara menyokong sikap lewa itu perlu diubah bagi meningkatkan pendidikan bumiputera Melayu.

“Jawapan mereka yang paling jelas adalah untuk mereka berjaya di bumi perantauan, perkara pertama yang telah mereka lakukan ialah mengubah sikap dan berusaha keras untuk berjaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN