NIBONG TEBAL: Calon yang manakah akan diletakkan oleh Pas bagi mempertahankan kubu mereka ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai ini masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Difahamkan, ketika ini, terdapat tiga nama yang disebut-sebut berpotensi untuk mewakili parti itu yang akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN). Calon pertama ialah balu kepada Allahyarham Nor Zamri Latiff iaitu Musalmah Yusop…









