Seorang maut, seorang cedera dalam nahas kereta-bas ekspres

Seorang maut, seorang cedera dalam nahas kereta-bas ekspres

SEORANG terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di KM155.9, PLUS berhampiran Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Seorang lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Kilometer (KM) 155.9, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa yang meninggal dunia itu berusia 30 tahun dan ditemukan tersepit di bahagian tempat duduk penumpang dalam kereta tersebut.

Terdahulu katanya, sepasukan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Safi @ Roslan Abdullah bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap di sini dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan mengenai kemalangan pukul 4.36 pagi.

“Sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi, didapati kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dan bas ekspres jenis Scania.

“Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian muka manakala seorang lagi mangsa yang tersepit di ruang penumpang disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN