Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai lima orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata jemaah yang dikenali sebagai Zuraida Mohd Haris, 37, meninggal dunia pada pukul 8.15 malam semalam, di Hospital King AbdulAziz di Mekah.

“Allahyarham yang berasal dari Ampang meninggal dunia disebabkan pendarahan otak sebelah kanan selepas enam hari mendapatkan rawatan. 

“Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh tadi di Tanah Pekuburan Syuhada Al-Haram selepas Subuh tadi” katanya kepada petugas media dalam sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), di sini hari ini.

Setakat ini, katanya, seramai lima orang jemaah haji meninggal dunia akibat saluran darah utama pecah, serangan jantung, kegagalan fungsi organ dan pendarah otak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN