Sabah Electricity akan beralih kepada meter pintar

Sabah Electricity akan beralih kepada meter pintar

WILFED MADIUS TANGAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SES) dalam proses beralih kepada penggunaan meter pintar bagi menambah baik perkhidmatan bekalan elektrik di negeri ini.

Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, tender bagi mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menjayakan inisiatif tersebut telah dibuka bermula 16 April hingga 12 Jun lalu.

“Ketika ini, pihak SESB dalam proses untuk menganalisa tender sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Tender Pengurusan,  seterusnya ke Jawatankuasa Perolehan dan Kewangan Lembaga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penggunaan meter pintar mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan berbanding penggunaan meter konvensional, antaranya membolehkan jumlah penggunaan elektrik di setiap premis dan kediaman direkod dengan lebih baik.

Dalam pada itu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut menggalakkan orang ramai dan pengguna memuat turun dan mendaftar aplikasi mySESB. 

“Melalui aplikasi ini, pelbagai perkhidmatan boleh dilaksanakan hanya di hujung jari. Misalnya, akses penyata bil terkini, selain boleh membuat pembayaran bil secara terus ke sistem SESB tanpa perlu menunggu tiga hari bekerja seperti pembayaran yang lain. 

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat semasa berkaitan penyelenggaraan di sesuatu kawasan, boleh menyalurkan aduan dan menyemak status tindakan, membuat permohonan meter baharu dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata, aplikasi mySESB merupakan satu inisiatif bagi memudahkan para pelanggan berurusan tanpa perlu berbaris panjang atau bersesak di kaunter atau Kiosk SESB. Ketika ini, daripada 696,711 pengguna SESB, hanya 112,835 orang telah mendaftar. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN