RUU Audit (Pindaan) 2024 dibentang di Dewan Rakyat hari ini

RUU Audit (Pindaan) 2024 dibentang di Dewan Rakyat hari ini

AZALINA Othman Said - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 bagi bacaan pertama dibentang di Dewan Rakyat, hari ini.

Jabatan Audit Negara dalam satu kenyataan, berkata, pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) digubal bagi memperkasakan lagi peranan institusi Ketua Audit Negara selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik tatakelola negara dan akauntabiliti sektor awam.

Akta 62 yang sedang berkuat kuasa itu tidak dipinda sejak tahun 1991 iaitu 33 tahun lepas.

“Bacaan Pertama RUU Audit (Pindaan) 2024 telah dibentangkan dan dibacakan di Dewan Rakyat pada hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Bacaan Kedua serta Sesi Perbahasan RUU yang sama dijangka akan dibuat di Dewan Rakyat dalam sesi mesyuarat yang sama,” katanya.

Pindaan Akta 62 melibatkan pewujudan peruntukan baharu dan pindaan kepada beberapa peruntukan sedia ada iaitu antaranya pengauditan badan lain termasuk syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan.

Selain itu, pengauditan melalui pendekatan ‘Follow The Public Money Audit’, tertakluk kepada Kementerian Kewangan atas dsar kepentingan awam dan kuasa Ketua Audit Negara untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan yang melibatkan pengauditan.

Ia juga akan melibatkan pelaksanaan audit susulan terhadap apa-apa syor, pemerhatian atau pandangan yang diberikan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Dalam pada itu, Jabatan Audit Negara berkata, pihaknya berharap melalui pindaan Akta 62 diharapkan dapat menambah baik dan memperkukuh tatakelola.

“Serta membolehkan pengawasan dana awam dijalankan dengan lebih efektif bagi mengelakkan ketirisan wang awam yang merugikan kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN