PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dilihat mempunyai banyak perancangan dan muslihat dalam menghangatkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Menurut penganalisis politik, Prof. Dr. Salawati Mat Basir, isu subsidi diesel yang dikatakan menyebabkan kos kenaikan harga barang dilihat akan dimainkan secara besar-besaran bagi mengalahkan calon Kerajaan Perpaduan. Bagaimanapun katanya, PN perlu berhati-hati dan membawa isu masyarakat secara berhemah dan tidak membuat serangan secara melulu sehingga…










