PRK Sungai Bakap: Calon PKR diumum Rabu ini - Rafizi

PRK Sungai Bakap: Calon PKR diumum Rabu ini – Rafizi

RAFIZI Ramli (tengah) pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Calon PKR yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan diumum Rabu ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar di sini.

“Selepas malam ini, kita semua boleh balik berehat dan kita jumpa balik (semula) pada 12 Jun 2024 (Rabu) malam. Tapi tempatnya bukan di sini. Satu tempat baharu untuk kita umumkan calon (PKR),” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta barisan kepimpinan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan khususnya di peringkat negeri.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebelum pengumuman calon dibuat pada hari Rabu, Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan akan bermesyuarat terlebih dahulu pada hari Selasa.

“(Nama) calon itu akan dibentang untuk diperakui oleh semua (pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan) sebelum perkara tersebut disahkan,” kata beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN