PUTRAJAYA: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini atas komitmen untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara. Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, ini merupakan lawatan sulung Wong ke Malaysia selaku Perdana Menteri Singapura yang dijadualkan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, kedua-dua pemimpin akan membincangkan usaha-usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura. “Ini termasuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. “Kedua-dua pemimpin akan turut mengadakan satu sesi sidang akhbar bersama,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya