GERIK: Dua ekor gajah jantan yang berkeliaran dan merosakkan tanaman penduduk di Felda Bersia dekat sini, ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak. Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, dua ekor gajah liar itu ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) pada Ahad dan Rabu lalu. Katanya, mamalia diberi nama ‘Yob Malam’ dan ‘Yob Embun’ itu ditangkap susulan aduan yang diterima berkaitan gangguan oleh haiwan tersebut sejak Januari lalu. “Aduan diterima daripada penduduk yang bimbang dengan kehadiran gajah liar yang merosakkan tanaman getah dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya