DUNGUN : Keterujaan seorang pemuda untuk melihat penyu agar yang terdampar di Pantai Teluk Lipat, pagi ini, bertukar duka apabila penyu yang dilihat seakan-akan masih hidup itu sebenarnya telah mati. Arif Jalaludin Mohd. Ali, 29, berkata, dia menemui bangkai reptilia marin itu kira-kira pukul 7.30 pagi ketika sedang beriadah di pantai tersebut. “Pada awalnya, saya teruja sebab jarang penyu terdampar di Pantai Teluk Lipat. Lagipun, saya nampak kaki dan kepala…